-cerita pertama-
suatu ketika di Mesir terdapat seorang lelaki yang tinggal di masjid. Tugasnya mengumandangkan azan apabila masuk waktu solat. Dia sangat taat kepada Allah s.w.t dan selalu beribadah. Setiap kali masuk waktu solat dia ke menara untuk mengumandangkan azan.
Di bawah menara tersebut terdapat sebuah rumah milik keluarga yang beragama kristian. Suatu hari, dengan tidak sengaja lelaki tersebut menoleh lalu terlihat olehnya seorang gadis cantik di dalam rumah itu. Dia tertarik dengan gadis itu lantas turun, tanpa mengumandangkan azan seperti biasa, demi menemui gadis itu.
Setelah berhadapan dengannya, gadis itu bertanya"Apa yang kau mahukan sehingga datang ke rumahku?" jawab lelaki itu : "Aku inginkan kamu." "Kenapa kau suka kepada ku?" "Kerana engkau telah merampas semua keinginanku dan aku telah jatuh hati kepadamu." "Aku tidak boleh bersama dengan mu kerana perbezaan agama dan tidak mungkin itu berlaku," balas gadis itu. "Tidak aku tidak peduli. Aku ingin menikah dengan mu."
"Tetapi aku seorang Kristian dan kau beragama islam. Sudah pasti ayahku tidak mengizinkan untuk bernikah denganmu." "Jika demikian aku rela memeluk agamamu." "Baiklah, jika itu kemahuanmu aku bersedia untuk menikah denganmu."
Akhirnya lelaki yang begitu warak itu menukar agamanya demi gadis tersebut. Dia kemudian tinggal bersama gadis pilihannya. Tetapi malangnya, umurnya tidak panjang. Ketika dia berjalan di atas lantai rumahnya, dia terjatuh lalu terus menemui ajalnya.
Begitulah, matinya dengan sia-sia kerana belum sempat menikmati kehidupan bersama perempuan idamannya itu. Dia juga telah kehilangan agamanya kerana terpikat dengan kecantikan yang sesaat iaitu kenikmatan duniawi yang tidak abadi
-cerita kedua-
Ini pula kisah seorang lelaki yang sangat rindukan kekasihnya hatinya. Kerana cinta yang mendalamdan rasa kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi, lalu dia jatuh sakit.
Dia berada dalam dunia yang asing kerana sakitnya. Kemudian seseorang telah menawarkan untuk menemukan dia dengan kekasih hatinya itu. Sejurus mendengar perkhabaran tersebut, beliau berasa sungguh gembira malah sakit yang dideritainya sembuh.
Dengan sabar dia menunggu, namun oleh kerana sesuatu hal, kekasihnya tidak dapat meneruskan perjalanan dan kembali ke kampung halaman dengan persaan benci yang meluap-luap.
Lelaki tadi berangan-angan bahawa kekasihnya akan datang menemuinya untuk melepaskan rindu dendam yang tidak tertahan. Dia begitu yakin akan bersama semula dengan kekasih hatinya itu dan memulakan kehidupan bersama.
Mendengar perkhabaran kekasih hati yang tidak mahu bertemu, maka sakitnya datang kembali malah kian parah. Dia mula berputus asa untuk meneruskan kehidupan tanpa kekasih yang dirinduinya itu. Tidak lama kemudian dia meninggal dunia. Saat kematian beliau brkata : Wahai kedamaian, wahai kenikmatan, wahai pengubat lara, datanglah kamu untuk mengubat hatiku berkat rahmat Yang Maha dan Maha Agung!"
Kemudian dikatakan kepadanya : "Wahai si polan, katakan tidak ada Tuhan melainkan Allah s.w.t, maka takutlah kamu kepada Allah s.w.t." Sehinggakan dia menemui ajal dia tidak mengucapkan kalimah syahadah.
Ketika tetangganya melalui rumahnya, kedengaran jeritan yang sangat menyakitkan. Akhirnya dia meninggal dunia dengan pengakhiran yang sangat buruk ( su'al-khatimah)
No comments:
Post a Comment