"TRuTh iS bEautiFul WitHouT D0ubt But s0 aRe Lies"

Wednesday, February 23, 2011

Akibat Berajakan Nafsu

-cerita pertama-


 suatu ketika di Mesir terdapat seorang lelaki yang tinggal di masjid. Tugasnya mengumandangkan azan apabila masuk waktu solat. Dia sangat taat kepada Allah s.w.t dan selalu beribadah. Setiap kali masuk waktu solat dia ke menara untuk mengumandangkan azan.
   Di bawah menara tersebut terdapat sebuah rumah milik keluarga yang beragama kristian. Suatu hari, dengan tidak sengaja lelaki tersebut menoleh lalu terlihat olehnya seorang gadis cantik di dalam rumah itu. Dia tertarik dengan gadis itu lantas turun, tanpa mengumandangkan azan seperti biasa, demi menemui gadis itu.
   Setelah berhadapan dengannya, gadis itu bertanya"Apa yang kau mahukan sehingga datang ke rumahku?" jawab lelaki itu : "Aku inginkan kamu." "Kenapa kau suka kepada ku?" "Kerana engkau telah merampas semua keinginanku dan aku telah jatuh hati kepadamu." "Aku tidak boleh bersama dengan mu kerana perbezaan agama dan tidak mungkin itu berlaku," balas gadis itu. "Tidak aku tidak peduli. Aku ingin menikah dengan mu."
"Tetapi aku seorang Kristian dan kau beragama islam. Sudah pasti ayahku tidak mengizinkan untuk bernikah denganmu." "Jika demikian aku rela memeluk agamamu." "Baiklah, jika itu kemahuanmu aku bersedia untuk menikah denganmu."
   Akhirnya lelaki yang begitu warak itu menukar agamanya demi gadis tersebut. Dia kemudian tinggal bersama gadis pilihannya. Tetapi malangnya, umurnya tidak panjang. Ketika dia berjalan di atas lantai rumahnya, dia terjatuh lalu terus menemui ajalnya.
Begitulah, matinya dengan sia-sia kerana belum sempat menikmati kehidupan bersama perempuan idamannya itu. Dia juga telah kehilangan agamanya kerana terpikat dengan kecantikan yang sesaat iaitu kenikmatan duniawi yang tidak abadi


-cerita kedua-


Ini pula kisah seorang lelaki yang sangat rindukan kekasihnya hatinya. Kerana cinta yang mendalamdan rasa kasih sayangnya yang  tidak berbelah bahagi, lalu dia jatuh sakit.
   Dia berada dalam dunia yang asing kerana sakitnya. Kemudian seseorang telah menawarkan untuk menemukan dia dengan kekasih hatinya itu. Sejurus mendengar perkhabaran tersebut, beliau berasa sungguh gembira malah sakit yang dideritainya sembuh.
   Dengan sabar dia menunggu, namun oleh kerana sesuatu hal, kekasihnya tidak dapat meneruskan perjalanan dan kembali ke kampung halaman dengan persaan benci yang meluap-luap.
   Lelaki tadi berangan-angan bahawa kekasihnya akan datang menemuinya untuk melepaskan rindu dendam yang tidak tertahan. Dia begitu yakin akan bersama semula dengan kekasih hatinya itu dan memulakan kehidupan bersama.
   Mendengar perkhabaran kekasih hati yang tidak mahu bertemu, maka sakitnya datang kembali malah kian parah. Dia mula berputus asa untuk meneruskan kehidupan tanpa kekasih yang dirinduinya itu. Tidak lama kemudian dia meninggal dunia. Saat kematian beliau brkata : Wahai kedamaian, wahai kenikmatan, wahai pengubat lara, datanglah kamu untuk mengubat hatiku berkat rahmat Yang Maha dan Maha Agung!"
   Kemudian dikatakan kepadanya : "Wahai si polan, katakan tidak ada Tuhan melainkan Allah s.w.t, maka takutlah kamu kepada Allah s.w.t." Sehinggakan dia menemui ajal dia tidak mengucapkan kalimah syahadah.
   Ketika tetangganya melalui rumahnya, kedengaran jeritan yang sangat menyakitkan. Akhirnya dia meninggal dunia dengan pengakhiran yang sangat buruk ( su'al-khatimah)

Tuesday, February 22, 2011

cinta ana

assalamualaikum w.b.t..
ana nak ceritakan tentang cinta yang pernah singgah dalam kehidupan ana..Dulu ana pernah berkenalan dengan seorang hamba Allah yang begitu baik orangnya dan mempunyai peribadi yang baik, apa kata orang cukup pakej lah..hehehe..^_^
hari demi hari sebuah perkenalan melalui teman kini bertukar kepada sebuah persahabatan..Dia banyak mengajar ana tentang agama dan selalu memberi nasihat apabila ana berada dalam kesulitan..Persahabatan ini begitu bermakna buat ana kerana ana dapat mempelajari begitu banyak perkara dalam mengharungi arus kehidupan yang serba mencabar..
pada suatu hari dia hantar mesej kat ana yang dia nak confess sesuatu dengan ana..D'pendekkan cerita dia telah meluahkan isi hatinya pada ana dan mengatakan dia ingin ana menjadi pendamping hidupnya..Serasa dunia seakan-akan berhenti kerana mendengarkan bait-bait kata yang keluar dari mulutnya yang sangat tidak d'jangkakan..
sebenarnya ana pun menyimpan perasaan yang sama dan berasa gembira kerana dia telah memilih ana sebagai teman hidupnya lalu, ana pun terima dia seikhlas hati tanpa memikirkan perkara baik dan buruk di sebalik kasih sayang yang dibina yang tidak tahu kemana hala tuju perhubungan itu..
masa berlalu begitu cepat, keindahan cinta yang hanya bersifat sementara ini terus mangaburi mata kami berdua kerana ia hanyalah insan biasa yang tidak terlepas oleh godaan syaitan terkutuk..
setelah itu, ana dipertemukan dengan seorang teman yang begitu kuat agamanya dan seorang yang baik hati yang selalu membantu kawan-kawannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan..Pada petang itu, ana dan teman ana telah menghadiri satu ceramah yang telah diketuai ustaz dan membincangkan tentang masalah remaja pada masa kini..Nauzubillah semakin ramai remaja islam membuang bayi mereka tanpa belas kasihan ekoran malu dengan masyarakat sekeliling kerana mempunyai anak luar nikah..Ini disebabkan gejala sosial yang melanda remaja pada masa kini serta tidak mematuhi had batas pergaulan antara kaum adam dan hawa malahan "couple" hanya bersandarkan nafsu yang bertopengkan syaitan..Semakin lama membuatkan ana berfikir adakah percintaan yang kami bina berada di landasan yang betul..??
akhirnya, ana mengambil kata putus dengan menanyakan hal tersebut kepada teman ana..Alangkah terkejutnya ana dengan statement yang "couple" itu haram kerana ia menghampiri zina dan Allah melaknat hamba-Nya yang bergelumang dengan zina..Baru ana ketahui kini yang ana telah buat dosa yang memungkinkan Allah melaknat ana dengan azabnya..
ana telah memutuskan hubungan dengan secara baik dan mengatakan bahawa Allah telah menetapkan jodoh untuk semua dan seandainya kita ada jodoh, insyAllah ana pasti terima dengan hati terbuka kerana sesuatu perhubungan yang di bina lebih bahagia apabila mendapat keberkatan dari-Nya dan biarlah masa yang menentukan segalanya..Kini ana perlukan cinta dari-Nya melebihi cinta sesama manusia kerana ianya berkekalan selama-lamanya..









Monday, February 14, 2011

analogi Sebatang pokok

Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menhan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.
   Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akhirnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan. 
   Setelah melalui semua itulah, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.
   Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan masin meskipun sekitarnya masih namun dagingnya tetap tawar

Saturday, February 12, 2011

Muhasabah ( Api Dunia vs Api Neraka)

Allah berfirman : "Tidakkah engkau melihat api yang kamu nyalakan.Kamukah yang menjadikan kayu itu atau Kamikah yang menjadikannya? Kamu menjadikan api itu untuk peringatan dan kegunaan bagi manusia," (surah al-Waqi'ah 56: 71-73 )
  Qatadah dan Mujahid mentafsirkan kalimat 'peringtan' ini dengan berkata: "Maknanya,api dunia ini sebagai peringatan yang paling besar."
   Imam al-Zamakhssyari,dalam Tafsir al-Kashsaf, mengungkapkan kata-kata yang sungguh indah. Beliau menulis : "Allah menggantungkan sebab-sebab kehidupan mereka dengan api, juga membuat seluruh manusia memerlukannya agar mereka selalu melihat api ini lalu mengingati ancaman Aallah S.W.T."
   Oleh sebab itu marilah kita bayangkan suhu panas api neraka dengan membandingkannya dengan api di dunia ini. Permukaan matahari misalnya, memiliki kepanasan yang mencapai kira-kira 6000 darjah celcius, sementara suhu di pusatnya lebih kurang 15000000 darjah celcius. Setiap batuan atau logam apa pun yang ditempatkan di sini akan lebur.
   Namun api neraka panasnya 70 kali ganda daripada ini. Bayangkan kesakitan yang tidak terkira yang akan dirasakan oleh orang yang berada di dalamnya. Setiap kali hangus dan melecur kulit mereka, Allah gantikan dengan kulit baru agar mereka terus merasai azab selama-lamanya.